suria

Bekas Mufti Kelantan Meninggal Akibat Serangan Angin Ahmar

KOTA BAHARU: Bekas Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mat Hassan, 76, yang diserang angin ahmar sejak empat tahun lepas, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Atas Banggol, di sini Khamis.

Allahyarham yang berkhidmat sebagai mufti kerajaan negeri sejak 1990 hingga 2007, meninggalkan seorang isteri, Datin Wan Fatimah Wan Ahmad, dan tujuh anak iaitu empat lelaki dan tiga perempuan.

Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebelum memegang jawatan itu, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai guru agama di Sabah sebelum bertugas sebagai Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di kampung kelahirannya di tanah perkuburan Islam Kampung Paya Lada, Kadok, dekat sini.

Menurut Mohamad Shukri, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V turut menziarah jenazah Allahyarham dan menunaikan solat jenazah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain