suria

Rumah Papan Jalan Ayer Panas Setapak Hangus

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah papan di Jalan Ayer Panas, Setapak dekat sini yang disewa oleh pekerja asing hangus terbakar pagi tadi.

Pihak bomba tidak menolak kemungkinan api berpunca dari bahagian dapur rumah itu ketika 10 orang penghuniya keluar bekerja, namun masih menyiasat punca sebenar kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar berkata pihaknya mendapat panggilan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur pada 9.40 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Api dapat dikawal sepenuhya kitra-kira 10.35 pagi oleh seramai 30 anggota bersama lima jentera dari balai Setapak, Jelatek, Jalan Chow Kit, Jalan Hang Tuah dan Bukit Bintang, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain