suria

Saintis UKM Temui 2 Spesies Baru Bunga Rafflesia Di Ulu Dong Pahang

RAUB: Saintis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menemui dua spesies bunga paling besar di dunia - Rafflesia di hutan Lata Jarum dalam daerah Ulu Dong dekat sini.

Profesor Dr Jumaat Adam yang mengetuai ekspedisi pencarian bunga Rafflesia di semenanjung telah menemui dua spesies tersebut baru-baru ini.

Beliau menyifatkan penemuan bunga itu sebagai sesuatu yang unik untuk rantau ini.

"Sebenarnya kami masih lagi melakukan penyelidikan ke atas penemuan ini. Malah secara saintifik kami masih perlu melakukan penyelidikan bagi menentukan apakah kreteria-kreteria yang ada pada spesies baru ini yang tidak ada pada spesies yang pernah diketahui oleh sains," ujarnya kepada akhbar The Star.

Dr Jumaat berkata, mereka terpaksa merahsiakan dahulu kawasan spesies baru ini ditemui demi untuk menyelamatkannya daripada menjadi mangsa penceroboh.

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai penemuan ini, beliau menjelaskan, salah satu spesies tersebut memiliki ciri-ciri unik yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Ciri-ciri unik itu ialah bukaan yang lebih besar serta debunga yang lebih banyak.

Dari segi diameter, kata Dr Jumaat, biasanya sekitar 10cm tetapi salah satu daripada spesies baru ini berukuran 14cm.

Menurut beliau, jika berasaskan konvensyen penamaan penemuan saintifik baru, ia tidak boleh dinamakan menurut namanya.

Dr Jumaat juga berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memelihara hutan ini sebagai kawasan unik spesies Rafflesia.

Rafflesia southeastern Asia, on the Malay Peninsula, Borneo, Sumatra, Thailand and the Philippines.[1]

Rafflesia adalah spesies bunga yang terbesar pernah ditemui di dunia. Ia hanya ditemui di Indonesia, Borneo, Sumatera, Thailand, Filipina dan Semenanjung Malaysia.

Bunga ini dinamakan Rafflesia selepas ia ditemui dalam satu ekspedisi yang diketuai oleh saintis Inggeris, Dr Joseph Arnold dan Sir Thomas Stamford Raffles pada 1818.

Bagaimanapun, ia pertama kali ditemui oleh seorang saintis Perancis, Louis Deschamps di Pulau Jawa dalam ekspedisi antara tahun 1791 hingga 1794.

Malangnya, kesemua nota dan ilustrasi yang dilakukan oleh Deschamps yang berjaya dirampas oleh British pada 1803, tersimpan dan tidak diketahui oleh dunia sains sehinggalah 1861.

Artikel Berikut

16 Rumah Kedai Hangus

Artikel Lain