suria

Buruh Ke Tali Gantung Edar Pil Methamphetamine

KOTA BAHARU: Seorang buruh pada Selasa dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana mengedar 4,992 pil dadah jenis methamphetamine dua tahun lalu.

Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosdi Taib, 43, dari Rantau Panjang, selepas mensabitkan tertuduh dengan kesalahan tersebut.

Tertuduh didakwa mengedar dadah itu di depan sebuah kedai runcit di tepi jalan Kampung Batu Karang, Pasir Mas pada 7 petang, 8 Dis 2009 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Rosdi kelihatan tenang sewaktu mahkamah menjatuhkan hukuman itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaacob manakala tertuduh diwakili peguam Nor Hidayah Mohd Razali. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain