suria

Polis Seberang Perai Selatan Lelong 36 Motosikal Selasa Depan

NIBONG TEBAL: Polis Daerah Seberang Perai Selatan akan membuat jualan lelongan terbuka pada 13 Dis ini 36 motosikal yang tidak dituntut selepas ditahan kerana pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah SPS Supt Shafien Mamat berkata, lelongan awam itu akan diadakan di perkarangan Balai Polis Sungai Bakap di sini mulai 10 pagi.

"Tujuan diadakan lelongan adalah untuk mengurangkan barang-barang yang tidak dituntut yang terdapat di ibu pejabat polis," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain