suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

27, 935 Pegawai Lantikan Kontrak, Sementara Berkhidmat Dalam Sektor Awam Persekutuan

KUALA LUMPUR: Seramai 27,935 pegawai lantikan kontrak dan sementara sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam persekutuan sehingga 1 Disember tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Khamis.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, faedah yang diterima oleh pegawai yang bertaraf kontrak adalah sama dengan skim perkhidmatan pegawai tetap merangkumi gaji, elaun serta ganjaran setelah pegawai memenuhi tempoh kontrak perkhidmatan ke satu ketika dan memberi perkhidmatan yang memuaskan.

"Pegawai lantikan kontrak juga diberikan kemudahan perubatan percuma di hospital dan klinik kerajaan semasa dalam tempoh perkhidmatan," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Chiw Tiang Chai mengenai jumlah kakitangan kontrak, sambilan dan sementara dalam perkhidmatan awam.

Sementara itu, Liew berkata kerajaan tidak bercadang mengurangkan jumlah kakitangan awam sedia ada melalui penamatan atau pembuangan pekerja.

Bagaimanapun, beliau berkata saiz dan sumber manusia dalam sektor awam akan disusun untuk mencapai penggunaan tenaga yang optimum melalui pelaksanaan Dasar Perkhidmatan Awam.

Menurutnya tenaga kerja sedia ada akan digembleng melalui beberapa strategi termasuk kawalan saiz, semakan skim perkhidmatan, kajian pertindihan fungsi agensi, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, peluasan perkhidmatan yang boleh dialih daya dan 'reengineering' proses kerja. - BERNAMA

Artikel Lain