Adnan Alu-Alukan Cadangan Tandatangan Surat Ikrar

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengalu-alukan cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir agar semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama Umno dalam apa jua keadaan.

Beliau berkata setiap cadangan untuk memperkukuhkan Umno perlu diteliti dan dikaji untuk kebaikan parti.

"Kita alu-alukan apa sahaja cara yang boleh kukuhkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di sini, Rabu.

Cadangan Mukhriz itu susulan ikrar taat setia perwakilan Umno pada Sabtu yang menyaksikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai lafaz ikrar di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.

Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Ditanya sama ada terdapat wakil rakyat di Pahang yang menawarkan diri untuk berundur sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13, Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata: "Tiada".

"Kesediaan untuk bertanding atau tidak, saya rasa tidak perlu diuar-uarkan... terpulang pada Perdana Menteri untuk menilai siapa boleh, siapa tidak (menjadi calon)," katanya.

Mengenai kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang kini milik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adnan berkata Barisan Nasional (BN) akan berusaha memenangi kerusi itu walaupun berkemungkinan menghadapi persaingan sengit berikutan isu pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Jatuh Pokok Petai

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain