suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Maut Jatuh Pokok Petai

BALING: Seorang warga emas maut setelah dikatakan terjatuh dari sebatang pokok petai di Kampung Banggol Wan B dekat sini petang Rabu.

Mayat Osman Ismail, 72, ditemui penduduk yang melalui di bawah pokok itu pada 4.15 petang.

Turut ditemui di tempat kejadian ialah beberapa tangkai buah petai yang sudah dipetik mangsa sebelum terjatuh.

Anak perempuan mangsa, Faridah Osman, 43, berkata bapanya keluar daripada rumah kira-kira 2 petang.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Daerah Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mohd Daud Md Hasan mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Lain