suria

Promosi Kraf Malaysia Dapat Sambutan Pada Lima'11

LANGKAWI: Kraf tempatan produk Langkawi yang dipamerkan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aero Angkasa Langkawi (LIMA '11) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini mendapat sambutan memberangsangkan.

Pengarah Kompleks Kraftangan Langkawi Norizan Lob berkata pempamer dan orang ramai mengambil kesempatan membeli kraf seperti topi, kunci dan batik sebagai cendera hati.

Katanya produk dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dipamer dan dijual di Kompleks Kraftangan Langkawi selama 10 hari sehingga 12 Disember ini.

Norizan berkata, 40 usahawan dari seluruh negara mempamerkan produk kraf masing-masing. - BERNAMA

Artikel Lain