suria

Kilang Wawasan TKH Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang Greatpac Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Wawasan TKH Holdings di Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, terbakar kira-kira pukul 12.15 tengah hari Selasa.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Wawasan TKH Holdings berkata punca kebakaran di kilang yang menghasilkan produk perkakasan makanan pakai buang masih disiasat. "Kilang dan jentera, bersama-sama dengan barang-barang dan bahan mentah, diinsuranskan dan Greatpac akan membuat tuntutan insurans atas kerugian yang disebabkan oleh kebakaran itu," katanya.

Menurut Wawasan TKH Holdings, pasukan pengurusan telah mengambil tindakan pemulihan untuk meminimumkan gangguan kepada operasi kilang.

Satu penilaian ke atas kesan kewangan yang disebabkan oleh kebakaran itu juga dijalankan dan syarikat itu akan membuat pengumuman lanjut jika ada mana-mana kesan yang ketara kewangan kumpulan, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wisma MCA Disimbah Cat Merah

Artikel Berikut

Artikel Lain