suria

Wisma MCA Disimbah Cat Merah

KUALA LUMPUR: Wisma MCA di Jalan Ampang pada Khamis disimbah dengan cat berwarna merah.

Beberapa pekerja di bangunan tersebut mendapati dinding dan lantai berhampiran dengan pintu masuk di lobi bangunan berkenaan disimbah cat berwarna merah pada pukul 7 pagi tadi.

Difahamkan seorang lelaki yang memakai topi serta jaket berwarna hitam telah bertanya kepada pengawal keselamatan di mana arah untuk ke tandas dalam bangunan tersebut.

Dia dipercayai membawa plastik yang mengandungi cat dan melemparkannya ke dinding di bangunan tersebut.

Lelaki tersebut di lihat berlari kira-kira 50 meter ke arah seorang lagi rakannya yang menunggu dengan sebuah motosikal di depan lobi bangunan berkenaan sebelum memecut pergi.

Pihak polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk siasatan lanjut.

Artikel Lain