suria

JAKIM Masih Teliti Isi Kandungan Buku Seks Kelab Isteri Taat

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih lagi meneliti isi kandungan buku kontroversi ‘Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia’ sebelum sebarang tindakan diambil.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai status buku tersebut.

"Biar JAKIM tengok isi kandungannya sebelum status buku itu ditentukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak pembinaan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islan Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) di Bandar Sri Permaisuri, di sini Khamis.

Buku yang diedarkan Kumpulan Isteri Taat yang dipelopori oleh isteri bekas pengasas al-Arqam, Ashaari Muhammad, Haatijah Aam itu mencetuskan kontroversi apabila penulisnya Haatijah Aam mendakwa seorang lelaki boleh membuat hubungan seks secara spiritual dengan semua isterinya serentak.

Hatijah dipetik sebagai berkata apabila seorang lelaki mencapai tahap kerohanian tertinggi maka dia boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan melakukan hubungan seks dengan semua isterinya walau di mana sahaja mereka berada.

Kumpulan Isteri Taat dilaporkan tidak akan memasarkan buku itu di Malaysia tetapi buku tersebut didapati berada di negara ini menerusi kumpulan tersebut yang berpangkalan di sini.

Namun, difahamkan buku itu akan dilancarkan diperingkat global termasuk Singapura, Indonesia, Australia, Mesir, Syria, Jordan, Britain dan Perancis.

Artikel Lain