suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UNICEF Mahu Badan Korporat, Sekolah, NGO Sokong Kempen 'Pupuk Rasa Hormat'

KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) meminta badan korporat, sekolah dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) supaya menyokong kempen terbarunya bertajuk 'memupuk rasa hormat' (Teach Respect) dengan membantu mempromosikan dua hebahan perkhidmatan awam (PSA) yang baru. Pada previu video eksklusif PSA 'Teach Respect' untuk media hari ini, wakil UNICEF ke Malaysia Hans Olsen berkata PSA 30 saat dalam bahasa Inggeris dan Malaysia itu akan dilancarkan pada 14 November secara rasmi ke udara dan online (www.unicef.my).

"Kita mahu meingkatkan kesedaran dan penerimaaan mengenai hak kanak-kanak untuk membesar, bebas daripada diskriminasi dengan menggalakkan hubungan sihat yang akan mencegah kejadian buli dan menyokong kanak-kanak dalam memahami dan menghormati, tanggungjawab sosial dan kewarganegaraan," katanya.

Olsen berkata gesaan kempen mini bagi ibu bapa, guru dan orang dewasa yang lain dalam masyarakat supaya mengajar rasa hormat melalui pendidikan dan dalam membantu UNICEF melahirkan sebuah masyarakat kanak-kanak yang menghormati kanak-kanak.

"Kita juga meminta media memainkan peranan memperkukuh mesej ini dan menyebarkan perbualan mengenai diskrimiasi di kalangan kanak-kanak agar masyarakat kita akan membincangkan dan sedar bahawa kita menghormati satu sama lain," katanya.

PSA ini merupakan hasil kerjasama antara UNICEF dan Story Me Studios yang menyumbang kepakaran dan minat mereka secara percuma bagi menyokong kanak-kanak Malaysia.

Hari Kanak-kanak Sedunia 2011 yang akan disambut pada 20 November akan bertemakan 'Memupuk Rasa Hormat'. - BERNAMA

Artikel Lain