suria

Peniaga Burger Buat Laporan Polis Terima Duit Palsu

YAN: Seorang peniaga pada Rabu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini setelah mensyaki menerima duit palsu daripada seorang remaja lelaki yang membeli burger di gerainya, Selasa.

Azhar Ahmad, 36, dari Kampung Titi Raga berkata remaja itu membayar dengan wang RM50 bagi enam burger yang dibelinya.

Katanya kejadian itu berlaku kira-kira 10 malam dan waktu itu terdapat ramai pelanggan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan burger masing-masing menyebabkan beliau tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap status duit itu.

"Budak lelaki tersebut datang dengan sebuah kereta. Dia yang pandu bersama seorang kawan, dan dia telah memesan sebanyak enam biji burger berharga RM11.

Setelah siap dia bagi duit tersebut, pada masa dia bagi duit, saya dapat rasa lain macam sahaja apabila pegang duit itu, tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa sebab masa itu pelanggan ramai, sibuk siapkan pesanan semua," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Azhar berkata beliau menyedari bahawa duit itu disyaki duit palsu selepas 20 minit kemudian, setelah selesai memenuhi pesanan semua pelanggan yang datang pada malam tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain