Warga Emas Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda

BESUT: Seorang warga emas maut setelah motosikal yang diboncengnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dari belakang di persimpangan Bukit Kenak dekat sini kira-kira pukul 12.20 tengah hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa yang dikenali sebagai Minah Che Nik, 69, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian badan dan kepala.

Katanya warga emas itu yang membonceng motosikal ditunggangi anaknya yang hanya dikenali sebagai Mohamad Norizan, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pak Wong, di sini.

Menurutnya kemalangan berlaku apabila Mohamad Norizan secara tiba-tiba membelok ke kanan jalan menyebabkan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pemuda berumur 22 tahun di belakangnya tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal dua beranak itu.

Mohamad Norizan yang cedara parah di bahagian kepala dikejarkan oleh penduduk ke Hospital Daerah Besut untuk rawatan sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu hanya cedera ringan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

12 Anggota Penyeludupan Dadah Ditahan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain