suria

MIA Lantik Mohd Nasir Ahmad Sebagai Presiden Baru

KUALA LUMPUR: Institut Akauntan Malaysia (MIA) hari ini mengumumkan yang ia telah melantik Datuk Mohd Nasir Ahmad sebagai presiden baharunya.

Ia turut mengumumkan pelantikan Abdul Rahim Abdul Hamid sebagai Naib Presiden baharunya selepas beliau dilantik semula ke Majlis MIA baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di sini pada Khamis, ia berkata presiden dan naib presiden baharu itu akan berkhidmat dengan institut berkenaan selama dua tahun, berkuat kuasa 8 Ogos, 2011. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain