suria

Pusat Islam UiTM Kini Dikenali Masjid Tuanku Mizan

SHAH ALAM: Pusat Islam Universiti Teknologi MARA (UiTM)di sini dengan rasminya dikenali sebagai Masjid Tuanku Mizan, sempena nama Canselornya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Seri Paduka menyempurnakan upacara penamaan masjid itu sebelum baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berbuka puasa bersama-sama warga kerja dan para pelajar universiti itu.

Turut hadir ialah Naib Canselor UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar, dan tiga Pro Canselor UiTM Tan Sri Arshad Ayub, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad dan Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

Baginda juga melakukan solat fardu Maghrib dan Isyak serta tarawih bersama kira-kira 2,000 pelajar dan warga kerja UiTM.

Masjid Tuanku Mizan siap dibina pada 1992 berharga RM5.7 juta dengan keluasan lantai 10,096 meter persegi dan boleh memuat seramai 7,000 jemaah. - BERNAMA

Artikel Lain