suria

Mayat Lelaki Ditemui Terapung

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tempat penahan sampah di Sungai Jalan Kolam Air, Sentul, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata mayat Kathiravan A/L Arumugam, 39, dari Sungai Tua, Batu Caves, ditemui orang awam kira-kira pukul 9 pagi tadi.

"Mangsa memakai baju 'T' serta berseluar panjang dan berdasarkan kepada keadaan mayat itu, mangsa dipercayai telah mati lebih daripada 24 jam," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BERNAMA.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

"Bagaimanapun, polis akan menyiasat pelbagai kemungkinan berkaitan kematian mangsa itu dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya.

Beliau juga meminta anggota keluarga mangsa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain