suria

Kronologi hari Penamaan Calon PRK DUN N.05 Tenang

11 pagi: Tempoh bantahan tamat.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir mengumumkan tempoh penyerahan borang penamaan calon ditutup dan tempoh bantahan bermula selama sejam.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir mengumumkan tempoh penyerahan borang penamaan calon ditutup dan tempoh bantahan bermula selama sejam.

9:30 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain melawat khemah BN yang diletakkan di perkarangan Majlis Daerah Labis. Mereka sempat beramah mesra dan bertanya khabar sekitar lima hingga10 minit.

9:10 pagi: Calon PAS, Normala Sudirman naik ke bilik penamaan calon bagi menyerahkan borang pencalonan.

9:05 pagi: Calon PAS, Normala Sudirman masuk ke pusat penamaan calon. Beliau diiringi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamed, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

9:01 pagi: Calon BN, Mohd Azhar Ibrahim masuk ke pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang pencalonan.

9 pagi: pusat penamaan calon dibuka dan proses penyerahan borang pencalonan bermula.

8:55 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai rombongan BN ke pusat penamaan calon. Turut serta calon BN, Mohd Azhar Ibrahim, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan pemimpin parti komponen BN.

8:40 pagi: Penyokong PAS mula berarak dan berkumpul di luar perkarangan pusat penamaan calon.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR, Azmon Ali Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng.

8:30 pagi: Penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon dengan membawa sepanduk dan logo BN. Mereka diketuai oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan beberapa pemimpin parti komponen BN.

Namun mereka hanya dibenarkian berkumpul di luar pintu pagar Majlis Daerah Labis.

8 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di pusat penamaan calon.

7:50 pagi: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar tiba di pusat penamaan calon.

7:45 pagi: Pemimpin dan Penyokong PAS mengadakan solat hajat di Dataran Wayang Pacak berhampiran dengan Markas PAS.

7:40 pagi: Pemuda BN membawa bendera parti dengan menaiki motorsikal sambil slogan melaungkan Hidup BN.

7: 35 pagi: Pasukan udara Polis Diraja Malaysia membuat tinjauan udara bagi melihat perkembangan trafik dan suasana hari penaman calon.

7:30 pagi: Petugas media mula dibenarkan memasuki pusat penamaan calon.

7 pagi: Lebih 200 anggota polis mengawal ketat lalu lintas dan meletakkan hadangan di hadapan pintu masuk pusat penamaan calon bagi mengelakkan penyokong memasuki kawasan tersebut. Hanya 100 penyokong dan pemimpin parti bertanding dibenarkan masuk.

6:15 pagi: Penyokong parti-parti yang bertanding mula berkumpul di markas masing-masing.

Penyokong Barisan Nasional berkumpul di Bangunan MCA Labis sementara penyokong PAS berkumpul bilik gerakan PAS di Dataran Wayang Pacak.

6 pagi: Jalan utama Labis-Segamat ditutup bagi semua kenderaan dan dilencongkan ke alternatif bagi melancarkan perjalanan proses penamaan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang diadakan di Majlis Daerah Labis.

.

Artikel Sebelum

Artikel Lain