suria

Pelancaran "Littel India" Di Kuala Lumpur Menyentuh Perasaan - Manmohan

NEW DELHI: Pelancaran Little India di Kuala Lumpur pada Oktober lepas memahatkan kenangan paling istimewa dan menyentuh perasaan Perdana Menteri India Manmohan Singh, yang mengenang kembali peristiwa itu pada satu persidangan antarabangsa di sini, Sabtu.

"Saya diberikan penghormatan istimewa untuk melancarkan Litte India di Kuala Lumpur bersama Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Ia merupakan satu pengalaman yang amat menyentuh perasaan saya. Ia suatu lambang pengiktirafan terhadap sumbangan yang dilakukan oleh banyak lagi "Little Indias" kepada masyarakat tempatan di seluruh dunia.

"Saya berasa sangat bangga apabila pemimpin di negara-negara berkenaan memuji dan menghargai peranan masyarakat India dalam usaha-usaha pembinaan negara bangsa mereka," kata beliau semasa berucap pada konvensyen Pravasi Bharatiya Divas (PBD) di Delhi.

Manmohan bersama-sama Najib melancarkan wajah baru Little India di Brickfields, semasa lawatan rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia tahun lepas.

Mengenai PBD, beliau berkata konvensyen itu menjadi satu wadah mengeratkan hubungan kira-kira 25 juta orang India yang menetap di seluruh dunia untuk bertukar pengalaman, pandangan dan pencapaian. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain