9,000 Calon PLKN Ingkar Bakal Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - Semasa | mStar

9,000 Calon PLKN Ingkar Bakal Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat

SEPANG: Kira-kira 9,000 calon yang gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ia dilaksana pada 2003 bakal menghadapi kemungkinan dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 240 jam.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata pelaksanaan hukuman itu pada tahun ini selaras dengan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang mula dikuatkuasa November 2009.

"Kita dah ubah akta, mereka ini tak didenda lagi tapi mereka dikenakan hukuman khidmat masyarakat," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kem PLKN Princess Haliza, di sini Jumaat.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Sebelum pindaan itu, calon yang ingkar mengikuti kursus itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Abdul Latiff berkata senarai calon yang ingkar itu telah diserah kepada polis untuk disiasat dan dibawa ke mahkamah, dan hukuman itu akan dikenakan sekiranya mereka didapati bersalah.

Beliau berkata mereka juga masih diwajibkan untuk menghadiri program itu selepas menjalani hukuman.

Dalam perkembangan lain Abdul Latiff berkata kajian keberkesanan PLKN yang melibatkan 62,000 responden telah dibentang kepada jemaah menteri dan mereka berpuas hati dengan hasil kajian itu.

"Respon yang diterima amat positif di samping banyak cadangan penambahbaikan dan kita mungkin akan menerbitkan hasil kajian itu untuk makluman orang ramai," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain