Anifah Berjaya Ketepi Saman RM100 Juta Anwar - Semasa | mStar

Anifah Berjaya Ketepi Saman RM100 Juta Anwar

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berjaya dalam usahanya untuk mengenepikan saman fitnah RM100 juta terhadapnya yang difailkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk John Louis O’Hara membuat keputusan untuk membenarkan permohonan tersebut dengan kos. Keputusan itu dibuat di dalam kamar dan pihak media dimaklumkan oleh peguam S. N. Nair, yang mewakili Anwar.

Nair juga memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan tersebut.

Pada prosiding itu, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh hadir mewakili Anifah dan Kerajaan Malaysia.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh memfailkan saman tersebut pada 27 Mei 2009 bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta daripada Anifah dan Kerajaan Malaysia kerana mendakwa telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah terhadapnya.

Selaku plaintif, Anwar mendakwa kenyataan tersebut dikeluarkan pada sidang media di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat di Washington pada 16 Mei 2009.

Anwar juga memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi bagi melarang defendan, ejen, pekerjanya dan sesiapapun daripada terus mengeluarkan, bercakap, menulis atau menerbitkan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah tersebut.

Artikel Sebelum

Tujuh GRO Rakyat China Diberkas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain