suria

Msia-Kesatuan Eropah Bentuk Kerjasama Antara Parlimen

KUALA LUMPUR: Malaysia kini bersedia mengukuhkan hubungan dua hala dengan Kesatuan Eropah (EU) berikutan pembentukan Kaukus Malaysia-EU Kesatuan Antara Parlimen (IPU), pada Selasa.

Kaukus itu, yang mengandungi 37 anggota Dewan Rakyat daripada lingkungan parti politik dan lima anggota Dewan Negara, akan bertindak sebagai tapak pelancaran untuk hubungan antara parlimen yang lebih berkesan dan meluas antara Parlimen Malaysia dan Eropah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu, satu sidang akhbar, kaukus itu akan membincangkan pelbagai isu dengan rakan mereka di Eropah dan ia termasuk kerjasama politik, pembangunan lestari, perubahan iklim global dan teknologi hijau.

Turut hadir Pengerusi Delegasi Parlimen Eropah bagi hubungan dengan negara-negara di Asia Tenggara dan ASEAN, Werner Langen dan Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia, Vincent Piket.

Sementara itu, Langen berkata kukus itu akan membantu menyediakan peluang seterusnya dalam membincangkan perjanjian dagangan bebas dan hubungan dagang dua hala dalam barangan dan perkhidmatan antara EU dan Malaysia.

"Sebaik sahaja perjanjian dagangan bebas dengan negara-negara lain dipersetujui, ia perlu dikemukakan dan diluluskan Parlimen Eropah dan ini adalah sebab kami meneliti beberapa aspek mengenai bagaimana ia memberi kesan bukan sahaja di kalangan negara ASEAN tetapi juga di negara-negara Eropah," katanya.

Artikel Lain