Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah Di Kelantan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah dan angin kencang selaju 40 kilometer sejam (kmj) hingga 70 kmj di Kelantan, manakala amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan untuk Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

Amaran hujan lebat peringkat merah membabitkan beberapa kawasan di Kelantan, antaranya Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli.

Angin kecang dijangka berlaku hari ini dan berterusan sehingga esok manakala hujan lebat yang dikesan semalam itu dijangka sehingga Rabu ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini, Isnin.

Angin kecang itu berlaku akibat Lekukan Tropika dengan kelajuan 22 kmj yang dikesan bergerak ke arah barat laut kira-kira 256km ke timur perairan Kelantan pada pukul 8 pagi ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri, kata kenyataan itu.

Kenyatan itu berkata angin kencang akibat Lekukan Tropika itu juga dijangka berlaku di Terengganu, Kedah dan Perlis.

Sementara itu, kawasan yang dijangka terbabit dengan hujan lebat peringkat jingga ialah seluruh Pulau Pinang dan di Kedah ialah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Baling, manakala di Terengganu ia membabitkan daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

Keadaan itu dijangka berterusan sehingga Rabu.

Negeri-negeri yang terlibat dengan amaran hujan lebat itu berisiko menghadapi banjir terutama di kawasan-kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Sementara itu, angin kecang selaju 40 kmj hingga 50 kmj dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di Perak, Selangor, daerah Betong, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah mulai hari ini. Ia dijangka berterusan hingga Khamis ini.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi laut, kata jabatan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain