suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wan Mohd Nor Ibrahim Dilantik KP Jabatan Bomba Dan Penyelamat

PUTRAJAYA: Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang baru berkuat kuasa 1 November.

Pelantikan Wan Mohd Nor dibuat bagi menggantikan Datuk Hamzah Abu Bakar yang telah bersara wajib pada 23 Oktober lalu.

Keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini, Selasa.

Wan Mohd Nor telah memulakan perkhidmatannya sebagai Komandan Akademi Bomba di Kuala Kubu Bharu pada 1991.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains dalam bidang Sains Nuklear dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Sains dalam bidang Perancangan Kecemasan dari Unversiti Putra Malaysia (UPM).

Antara jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau ialah Penolong Ketua Pengarah Bahagian Penguat kuasa (1994-1995), Penolong Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan & Pembangunan (1995-1197), Pengarah Negeri Selangor (1997-1999), Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan (2000-2008) dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan (2008-2010).

Artikel Lain