suria

Malaysia Banteras Jenayah Pemerdagangan Manusia

KUALA LUMPUR: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), yang telah menaik taraf Malaysia ke Tier 2 daripada Tier 3 dalam Laporan Senarai Pemerhatian Pemerdagangan Manusia (TIP) 2010, menggesa negara ini untuk menyusun tindakan undang-undang awal penguatkuasaan di bawah Akta Pemerdagangan Manusia, khasnya berkaitan pemerdagangan buruh.

Laporan itu mencadangkan agar Malaysia melaksanakan hukuman jenayah yang lebih ketat terhadap mereka yang terbabit dalam mengambil buruh atau mengeksploitasi buruh paksaan.

Dalam laporan itu yang dikeluarkan di laman webnya pada Isnin, ia juga menggesa Malaysia untuk meningkatkan usaha bagi mendakwa dan menyabitkan kesalahan pegawai awam yang mengambil keuntungan daripada aktiviti ini atau terbabit dalam pemerdagangan atau mengeksploitasi mangsa.

Ia juga mencadangkan agar Malaysia membangun dan melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti mangsa pemerdagangan buruh di kalangan kumpulan yang sering terdedah dengan aktiviti ini seperti pekerja migran dan merujuk mereka kepada perkhidmatan perlindungan yang ada.

Laporan itu menggesa Malaysia memastikan bahawa mangsa pemerdagangan tidak diancam atau sebaliknya dihukum kerana jenayah yang dilakukan yang disebabkan pemerdagangan.

Laporan berkenaan mencadangkan agar Malaysia merundingkan semula memorandum persefahaman (MoU) dengan negara-negara sumber dalam menggabungkan perlindungan mangsa dan menarik balik pasport atau merampas dokumen perjalanan.

Ia juga mencadangkan agar Malaysia meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperbaiki usaha-usaha perlindungan terhadap mangsa termasuk tempat untuk menempatkan mangsa pemerdagangan.

Laporan mencadangkan supaya Malaysia terus memperluaskan latihan kepada para pegawai mengenai pengendalian pemerdagangan kes seks dan buruh, dengan penekanan terhadap perlindungan mangsa dan menerus dan memperluaskan kempen yang komprehensif dan jelas mengenai kesedaran anti-pemerdagangan bagi kedua-dua pemerdagangan buruh dan seks.

Ia juga meletakkan negara-negara berdasarkan tahap pematuhan mereka mengenai pewujudan piawaian minimum untuk pembanterasan pemerdagangan manusia.

Negara-negara Tier 1 bagi kerajaan yang mematuhi sepenuhnya dengan piawaian minimum Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan (TVPA) sementara negara-negara Tier 2 untuk kerajaan yang tidak memenuhi sepenuhnya dengan piawaian minimum tetapi berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mematuhinya.

Senarai Pemerhatian Tier 2 adalah kerajaan yang tidak mematuhi sepenuhnya dengan piawaian minimum TVPA, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa mereka dalam pematuhan dengan piawaian tersebut. DAN:

a) jumlah mangsa mutlak dalam bentuk pemerdagangan yang teruk adalah sangat ketara atau meningkat dengan ketara;

b) terdapat kegagalan dalam menyediakan keterangan usaha-usaha yang meningkat untuk membanteras bentuk permerdagangan manusia yang teruk dari tahun sebelumnya atau,

c) keazaman bahawa sesebuah negara itu berusaha dengan ketara untuk membawa dirinya dalam pematuhan dengan piawaian yang minimum berdasarkan komitmen oleh negara itu bagi mengambil langkah tambahan pada masa akan datang pada tahun depan Sementara itu negara-negara Tier 3 adalah bagi kerajaan yang tidak mematuhi sepenuhnya dengan piawaian minimum dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk berbuat demikian. Laporan itu menyatakan bahawa kerajaan Malaysia tidak mematuhi sepenuhnya dengan piawaian minimum untuk pembanterasan pemerdagangan, bagaimanapun, ia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berbuat demikian.

"Kerana penilaian bahawa kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh berdasarkan sebahagian komitmennya untuk mengambil tindakan pada tahun-tahun akan datang - khususnya pelaksanaan yang lebih besar dalam undang-undang anti-pemerdagangan Malaysia menentang pemerdagangan buruh - Malaysia ditempatkan pada Senarai Pemerhatian Tier 2," katanya.

Kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen besar dalam menangani pemerdagangan manusia yang dijangka mendahului peningkatan penyiasatan dan pendakwaan kesalahan pemerdagangan buruh dan mengenal pasti mangsa pemerdagangan buruh oleh pegawai kerajaan dan bekerjasama rapat dengan NGO dan pertubuhan antarabangsa untuk memperbaiki perkhidmatan mangsa dalam penempatan kerajaan.

Semasa tempoh pemberitaan itu, pegawai kanan kerajaan, termasuk Perdana Menteri, awam mengetahui masalah pemerdagangan manusia Malaysia.

Laporan itu menyatakan kerajaan juga telah meningkatkan siasatannya dalam kes pemerdagangan dan memfailkan jumlah pertuduhan jenayah yang meningkat terhadap mereka yang melakukan aktiviti ini, memperluaskan latihan pegawai dengan ketara mengenai undang-undang anti-pemerdagangan 2007, menjalankan kempen kesedaran awam mengenai pemerdagangan manusia, buka tiga lagi penempatan untuk mangsa pemerdagangan dan melancarkan pelan tindakan kebangsaan lima tahun mengenai pemerdagangan.

"Bagaimanapun, usaha-usaha awal ini akan memerlukan perhatian berterusan, kerana banyak perhatian yang serius masih ada berkaitan pemerdagangan di Malaysia, termasuk penahanan mangsa pemerdagangan dalam kemudahan kerajaan," menurut laporan itu.

Laporan itu menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah melakukan sedikit perkembangan dalam usaha undang-undang penguatkuasaan menentang pemerdagangan seks semasa tempoh pemberitaan, dan mengehadkan kemajuan dan pendakwaan dan menyabitkan kesalahan pesalah pemerdagangan buruh. Undang-undang Malaysia melarang semua bentuk pemerdagangan manusia menerusi undang-undang anti-pemerdagangan manusia 2007, yang menyifatkan hukuman itu hendaklah setimpal dengan kesalahan serius lain, seperti rogol.

Semasa tempoh pemberitaan, kerajaan menyabitkan kesalahan tiga pemerdagangan seks dan melaporkan usaha 180 siasatan berkaitan pemerdagangan dan memfailkan 123 pertuduhan terhadap 69 individu, walaupun bilangan sebenarnya pemerdagangan adalah tidak jelas.

Laporan itu menyatakan kerajaan melakukan sedikit kemajuan dalam perlinduangan mangsa semasa tempoh pemberitaan itu.

"Usaha untuk mengenal pasti dan melindungi kedua-dua mangsa pemerdagangan seks dan buruh masih lagi pada keseluruhannya tidak mencukupi. Kerajaan tidak melaporkan pengenalan sebarang mangsa rakyat Malaysia yang memerdagangkan," kata laporan itu.

Laporan itu menyatakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terus menyediakan dua penempatan pemerdagangan untuk wanita dan kanak-kanak dan membuka yang ketiga pada Julai tahun lepas, yang menahan mangsa pemerdagangan seks secara sukarela untuk 90 hari sehingga mereka dihantar pulang ke negara asalnya, mengikut undang-undang Malaysia.

Semasa tempoh pemberitaan itu, kerajaan juga membuka satu daripada dua penempatannya untuk mangsa pemerdangan lelaki, sungguhpun penempatan ini juga menahan mangsa secara sukarela sehingga mereka dihantar pulang, menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, semasa tempoh pemberitaan, 139 wanita dan kanak-kanak disijilkan sebagai mangsa dan ditahan di tempat penempatan itu.

Tambahan 232 individu diberikan perintah perlindungan asal tetapi akhirnya ditentukan oleh kerajaan bukan mangsa pemerdagangan dan dihantar pulang sungguhpun pegawai mengetahui bahawa sesetengah mangsa pemerdagangan itu enggan bekerjasama dengan proseding undang-undang penguatkuasaan.

Dalam tempoh tahun itu, kerajaan melaporkan telah membuat sedikit pembaikan dalam pengimbasan untuk mengenal pasti individu yang memiliki kad UNHCR atau memiliki kepandaian memperdagangkan mangsa bagi mengasingkan mereka daripada penduduk migran yang haram.

Laporan itu menyatakan bahawa undang-undang anti-pemerdagangan menyediakan imuniti kepada mangsa pemerdangan untuk kesalahan imigresen seperti masuk secara haram, kehadiran tidak sah dan memiliki dokumen perjalanan palsu tetapi mangsa terus ditahan dan dihantar pulang kerana mereka akan jika ditangkap untuk kesalahan imigresen. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain