suria

Unit Adat Perpatih Ditubuh Di Muzium Negeri Sembilan

SEREMBAN: Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah menubuhkan unit Adat Perpatih di muzium tersebut bagi memperkasa dan memartabatkan adat Perpatih.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, unit itu dipengerusikan oleh Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Samad Ab Hadi di mana penubuhannya membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan adat Perpatih yang tinggi nilainya terus unggul dan kekal selamanya.

"Empat jawatankuasa turut dibentuk di bawah unit ini iaitu Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan, Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan, Jawatankuasa Pengembangan, Penerbitan, Latihan dan Pemasaran serta Jawatankuasa Hal Ehwal Kebajikan Penyandang Pusaka Adat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau merasmikan seminar siri pertama adat Perpatih bertajuk Pelaksanaan Amalan Adat Perpatih Dalam Kehidupan Seharian.

"Apa yang pasti warisan kita ini tidak dibiarkan begitu sahaja dan pelbagai usaha dijalankan untuk memastikan adat ini terus berkembang," kata Mohammad Razi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Pertikai Keputusan PKR

Artikel Berikut

Artikel Lain