suria

Kuil Sikh Di Sentul Dilempar Batu

KUALA LUMPUR, Kaca di sebelah pintu masuk Kuil Sikh Gurdwara di Jalan Haji Salleh, Sentul di sini didapati pecah akibat dilempar dengan batu pada kira-kira pukul 6.45 petang semalam.

Ketika insiden itu berlaku, beberapa sukarelawan yang sedang membersihkan kuil berkenaan, ternampak batu dilempar ke pintu masuk bilik sembahyang kuil tersebut.

Dipercayai, 15 biji batu dilemparkan ke kawasan kuil itu. Sukarelawan tersebut kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman yang mengesahkan insiden itu berkata pihaknya telah mengambil sampel batu yang dilemparkan dan siasatan dijalankan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain