suria

Pasukan Teknikal TNB Siasat Punca Alat Ubah Meletup

KUALA LUMPUR: Pasukan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menyiasat punca kejadian sebuah alat ubah pencawang atas tiang meletup dan terbakar di Guar Chempedak, Kedah semalam.

Menurut kenyataan media TNB, kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.40 petang itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik di sebahagian kecil pekan Guar Chempedak dan berjaya dipulihkan pada pukul 7 malam, semalam.

TNB juga sedang memberikan bantuan kepada dua remaja perempuan yang mengalami kecederaan dan bersedia memberikan bantuan lain jika diperlukan.

Pada kejadian berkenaan, dua remaja yang secara kebetulan berada berdekatan pencawang itu melecur.

Seorang melecur di tangan kanan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan manakala seorang lagi melecur di bahagian belakang badan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. - BERNAMA

Artikel Lain