suria

Rasa Dan kelihatan Seperti Rokok Tetapi .....

PETALING JAYA: Kita ada e-kerajaan, e-kasih, e-pembayaran dan banyak lagi. Kini, senarai itu turut diisi oleh e-rokok, satu cara elektronik untuk menghentikan tabiat merokok.

Alat itu kelihatan dan rasa seperti rokok. Asap yang dihembus keluar juga kelihatan seperti asap yang sebenar. Tetapi itu sahaja persamaan di antara rokok sebenar dan e-rokok.

E-rokok tidak berbau dan tidak berasap serta tidak akan membunyikan alat pengesan asap.

Ia juga dilengkapi alat pengecas, bateri,katrij dan pemipit. Bahagian kartrij, bateri dan gabus dipasang sekali agar e-rokok kelihatan seperti sebatang rokok biasa.

Sementara itu, apabila pengguna menyedut dengan menggunakan e-rokok, aliran udara dikesan dengan bantuan sensor. S

Sebuah mikropemproses kemudiannya akan mengaktifkan gabus yang menukar kandungan nikotin kepada kepulan gas berwap. Kabus wap ini disedut oleh pengguna tersebut.

Salah seorang pengguna e-rokok, Raja Faisal Raja Hishan Shah berkata, selain menjimatkan kos, alat tersebut juga dapat menghindarkan perokok dari terus merokok.

“Pengguna e-rokok dapat menjimatkan kos RM70 hingga RM75 tanpa membeli rokok biasa. Ia jauh lebih murah dan selamat kalau dibandingkan dengan rokok biasa,” tambahnya.

Walaubagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tidak ada kajian dilakukan untuk menguji keberkesanan e-rokok yang dikatakan dapat menggalakkan perokok-perokok menghentikan tabiat atau mengawal tabiat mereka.

“Mungkin ini adalah salah satu cara untuk menhentikan tabiat merokok. Saya berharap ia dapat menghilangkan ketagihan mereka.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengesahkan keadah ini kerana kekurangan data tetapi apa yang penting adalah isu amalan merokok akan membahayakan kesihatan,” tambahnya.

Menurut Liow, nikotin masih akan membahayakan kesihatan.

“Walaupun e-rokok tidak mengandungi 4,000 lagi bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam rokok biasa,” ujarnya.

Katanya, e-rokok perlu didaftarkan di bahagian farmaseutikal di kementeriannya kerana mengandungi nikotin.

Sementara itu, Presiden Pesatuan Perubatan Malaysia, Dr. David Quek pula berkata e-rokok merupakan satu ‘gimik industri.’

Artikel Berikut

Artikel Lain