suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wehdah Serah Memorandum Bantah Guna Kalimah Allah Pada Sultan Kedah

ALOR SETAR: Majlis Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) hari ini mempersembahkan memorandum kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, selaku Ketua Agama Islam negeri ini, sebagai tanda bantahan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

Pengerusi Wehdah, Mohd Azmi Abd Hamid berkata, Wehdah mewakili 26 pertubuhan Islam di negeri ini, mempersembahkan memorandum itu sebagai rayuan kepada baginda supaya memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan.

"Ini adalah harapan umat Islam, dengan rendah hati kami merayu supaya satu tindakan segera diambil untuk meredakan isu ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Elmi Yusoff di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan 'Herald-The Catholic Weekly' menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain