suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun Tanah Rata Sertai Gerakan

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tanah Rata, Pahang, Ho Yip Kap, yang merupakan wakil rakyat Bebas secara rasminya telah menyertai Gerakan.

Mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Badan Perhubungan Gerakan Pahang Datuk Dr Ng Keong Chye berkata keputusan Ho untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dibuat selepas mempertimbangkan pandangan penyokongnya dan anggota akar umbi.

"Kami berasa bangga dengan keputusannya memilih Gerakan sebagai platform baru untuk beliau berkhidmat kepada rakyat, terutamanya pengundi di Tanah Rata, walaupun beliau turut dipancing parti-parti pembangkang.

"Saya percaya kami akan dapat bekerja sebagai satu pasukan demi faedah rakyat," kata Dr Ng.

Beliau berkata keputusan Ho membuktikan ramai yang masih percaya dengan ideologi dan perjuangan politik Gerakan untuk menyatukan rakyat, tanpa mengira bangsa, gender dan agama untuk membina sebuah negara yang bersatu, adil, liberal dan progresif.

Dr Ng berkata Gerakan akan memberikan sokongan padu kepada Ho, bekas guru besar, dalam usaha beliau untuk memperjuangkan kebajikan pengundi di kawasan yang diwakilinya.

Berikutan Ho kini menyertai Gerakan, BN kini menguasai 38 daripada 42 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pahang. PAS dan DAP masing-masing dengan dua kerusi. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain