suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai narkotik dituduh cabul isteri tahanan dalam kereta

Mangsa cabul akan mengalami trauma. -Gambar hiasan AI

SEORANG pegawai narkotik disiasat atas kesalahan mencabul isteri seorang tahanan di Pasir Mas, Kelantan pada Rabu lepas.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, mangsa dikatakan menghubungi pegawai polis berkenaan untuk bertanyakan status suaminya yang ditahan berkaitan kes dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pegawai berkenaan berusia 30-an manakala wanita tersebut pula 20-an.

“Kes masih dalam siasatan dan pegawai terbabit telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Khamis.

Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku dalam sebuah kereta.

"Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Lain