suria

Keluarga mendiang Teoh mahu autopsi kedua dijalankan

MENDEGAR TAKLIMAT...Dari kiri, abang mendiang Teoh Beng Hock, Beng Kee, 33, adik Teoh, Teoh Lee Lan, 29, ibu Teoh, Teng Shun Hor, 56, dan ayah Teoh, Teoh Leong Hwee, 63, mendengar taklimat daripada peguam keluarga Teoh, Gobind Sing Deo. Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dirumah keluarga mendiang Teoh di Taman Seri Kelemak, Alor Gajah Melaka hari ini.Foto THE STAR Oleh: A.MALEX YAHAYA.

MELAKA: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock akan memohon untuk menggali semula mayat Teoh bagi membolehkan autopsi kedua dijalankan oleh patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.

Peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata permohonan untuk menggali semula mayat Teoh bagi menjalankan autopsi kedua itu akan difailkan di mahkamah esok.

"Keluarganya sangat mengambi berat dalam hal ini," katanya dalam satu sidang media di rumah keluarga mendiang Teoh di Alor Gajah pada Ahad.

"Mereka ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada Teoh," katanya.

Minggu lalu, ketika sesi inkues berlangsung Dr Pornthip Rojanasunand memberitahu bahawa wujud kebarangkalian sebanyak 80 peratus punca kematian Teoh yang juga Setiausaha Politik adalah kerana dia dibunuh.

Dia berkata hanya 20 peratus kebarangkalian yang Teoh telah membunuh diri.

Dr Pornthip turut memberi keterangan bahawa tanda-tanda yang ada pada leher Teoh kelihatan seperti dia telah dicekik.

Kerajaan Selangor telah menjemput Dr Pornthip,yang juga Ketua Pengarah Institut Sains Forensik Thailand untuk memberikan pendapatnya sebagai pakar dalam kes tersebut.

Jurucakap keluarga Teoh, Teoh Lee Lan berkata mereka telah bersetuju untuk menggali semula mayat mendiang Teoh setelah mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga dan mendapatkan nasihat daripada peguam mereka.

Beliau berkata, keluarganya juga akan melaksanakan satu upacara ritual masyarakat Cina sebagai tanda menghormati dan mententeramkan jiwa Teoh sebelum upacara menggali semula mayat Teoh dijalankan.

Artikel Lain