suria

APMM tahan tekong dan empat awak nelayan Vietnam

PASIR PUTEH:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima nelayan Vietnam yang terdiri seorang tekong dan empat orang awakawak kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara semalam.

Pengarah Operasi APMM Daerah Maritim Tok Bali Komander Rozali Mohd Said berkata sebuah bot laut dalam, peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan bernilai antara RM200,000 hingga RM300,000, turut dirampas.

"Mereka akan didakwa dalam tempoh seminggu mengikut Akta Perikanan 1985 di bawah Seksyen 15(1)(a) jika sabit kesalahan boleh didenda maksima RM1 juta atau 6 bulan penjara bagi tekong dan RM500,000 atau 5 bulan penjara bagi awakawak atau keduaduanya sekali", katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka ditahan oleh 21 anggota APMM, yang menjalankan rondaan di perairan Kelantan kirakira 72 batu nautika Timur Laut Tok Bali dengan kapal peronda KM Jujur pukul 12.15 tengah hari semalam.

Rozali berkata kegiatan mereka dapat dikesan apabila botnya tidak mempunyai nombor pendaftaran khusus sebagai bot nelayan tempatan serta tidak mengibarkan bendera Malaysia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain