suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli perniagaan hilang lebih RM200000 selepas kereta dipecah masuk

TAWAU: Seorang ahli perniagaan di sini mendakwa kehilangan lebih RM221,000 selepas kenderaannya yang diletakkan di kawasan Perdana Club dipecah masuk oleh dua lelaki.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jaafar Mohd Yusof berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari Isnin lepas semasa ahli perniagaan berumur 39 tahun itu singgah di Perdana Club untuk menjemput isterinya.

Beliau berkata ahli perniagaan itu meletakkan wang yang baru sahaja dikeluarkan dari sebuah bank di bawah tempat duduk hadapan keretanya sebelum turun dari kenderaan itu untuk menjemput isterinya.

"Kira-kira 10 minit sahaja selepas keluar dari keretanya, seorang pengawal keselamatan datang memmberitahu bahawa kereta beliau dipecah masuk oleh dua orang lelaki tidak dikenali," katanya.

Jaafar berkata selain memecahkan cermin kereta dan melarikan wang, lelaki itu turut membuang angin tayar belakang ahli perniagaan itu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. BERNAMA

Artikel Lain