suria

Oh Tong Keong dipilih Ketua Pemuda Gerakan P.Pinang

OH Tong Keong dijulang oleh penyokongnya selepas beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Gerakan Negeri pada majlis Persidangan Perwakilan Tahunan Pemuda Gerakan negeri di Ibu Pejabat Gerakan Negeri Pulau Pinang malam tadi. Beliau mengalahkan Ketua Pemuda Bahagian Balik Pulau, Thor Teong Gee dengan dengan kiraan undi 140-63. - fotoBERNAMA

OH Tong Keong dijulang oleh penyokongnya selepas beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Gerakan Negeri pada majlis Persidangan Perwakilan Tahunan Pemuda Gerakan negeri di Ibu Pejabat Gerakan Negeri Pulau Pinang malam tadi.
Beliau mengalahkan Ketua Pemuda Bahagian Balik Pulau, Thor Teong Gee dengan dengan kiraan undi 140-63. - fotoBERNAMA
OH Tong Keong dijulang oleh penyokongnya selepas beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Gerakan Negeri pada majlis Persidangan Perwakilan Tahunan Pemuda Gerakan negeri di Ibu Pejabat Gerakan Negeri Pulau Pinang malam tadi. Beliau mengalahkan Ketua Pemuda Bahagian Balik Pulau, Thor Teong Gee dengan dengan kiraan undi 140-63. - fotoBERNAMA

PULAU PINANG: Oh Tong Keong menang jawatan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang pada pemilihan parti itu malam tadi menewaskan pencabarnya, Dr. Thor Teong Gee dengan memperolehi 140 undi.

Oh, bekas Setiausaha Pemuda Gerakan Negeri menggantikan penyandang sebelum ini Huan Cheng Guan yang tidak bertanding jawatan itu kerana telah melepasi had umur.

Huan memegang jawatan itu untuk tiga penggal selama sembilan tahun.

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman kemenangan, Oh berkata, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan parti dan memantapkan barisan bagi menarik semula keyakinan rakyat negeri ini terhadap parti.

"Saya akan mengembalikan kegemilangan Gerakan dan meraih sokongan rakyat bagi meneruskan perjuangan parti untuk pembelaan rakyat negeri ini," katanya.

Sementara itu, Thor yang hanya memperolehi 63 undi berjanji akan terus bekerjasama dengan Oh dan parti bagi mengukuhkan perjuangan demi merebut kembali Pulau Pinang. BERNAMA

Artikel Sebelum

UPKO cadang ISA dikaji semula

Artikel Berikut

Anwar 'main wayang' - Rais

Artikel Lain