suria

Mahkamah tolak tuntutan Megawati, Jusuf batal keputusan PILPRES

JAKARTA: Mahkamah Konstitusi Indonesia semalam menolak tuntutan caloncalon presiden yang kalah, Megawati Soekarnoputri dan Jusuf Kalla supaya dibatalkan keputusan pilihan raya langsung presiden (PILPRES) yang dimenangi oleh penyandang Susilo Bambang Yudhoyono.

Penolakan itu sekaligus mengesahkan kemenangan Susilo sebagai presiden untuk penggal keduanya bagi tempoh 2009-2014, yang bergandingan dengan naib presiden Boediono.

Ketua Majlis Hakim, Moh Mahfud yang mengumumkan keputusan tuntutan pertikaian PILPRES itu di sini semalam, berkata mahkamah tidak dapat menerima perkara pokok tuntutan dan dengan itu menolak tuntutan keduadua pemohon.

Dalam keputusan yang dicapai para hakim tanpa sebarang perbezaan pandangan itu, katanya mahkamah berpendapat dakwaan pemohon kononnya berlaku penyelewengan secara meluas adalah tidak terbukti.

Selain itu, buktibukti yang dikemukakan oleh pemohon mengenai penambahan undi untuk pihak berkenaan (SusiloBoediono) juga tidak terbukti mengikut undangundang, kata Mahfud di Mahkamah Konstitusi yang dikawal ketat berikutan demonstrasi yang diadakan oleh para penyokong pemohon untuk mendesak mahkamah membatalkan keputusan PILPRES itu.

"Meski ada yang terbukti dalam persidangan namun tidak atau belum dapat dinilai sebagai pelanggaran pemilu (pilihan raya umum) yang bersifat terstruktur, sistematik dan massif (meluas) sehingga tidak menyebabkan pemilu cacat hukum atau tidak sah," katanya.

Mahfud berkata halhal lain berkaitan prosedur teknikal yang dijadikan alasan oleh pemohon bagai pembatalan keputusan PILPRES itu juga tidak dapat dibuktikan sebagai pelanggaran secara meluas dan sistematik.

"Selain itu, dalildalil (alasan) yang diajukan pemohon tentang penambahan suara kepada pihak berkaitan (SBYBoediono) tidak terbukti secara hukum," tambah Mahfud.

Beliau berkata kesalahankesalahan yang dilakukan oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada hari pengundian 8 Julai adalah kesalahan berbentuk teknikal sehaja dan bukan pelanggaran yang terancang, sistematik dan meluas.

Penghakiman keputusan tuntutan itu yang setebal 420 muka surat dibacakan secara bergilir oleh sembilan orang hakim dan disiarkan secara langsung oleh stesen TV.

KPU pada 25 Julai mengumumkan bahawa pasangan SusiloBoediono mendapat 60.80 peratus undi, diikuti pasangan MegawatiPrabowo 26.79 peratus dan JusufWiranto 12.41 peratus daripada sejumlah 121.5 juta undi yang sah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain