suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

EU tunggu persetujuan Malaysia untuk mulakan rundingan PCA

KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) sedang menunggu persetujuan daripada kerajaan Malaysia untuk memulakan rundingan mengenai Perjanjian Kerjasama Perkongsian (PCA) dalam usaha memperkukuh lagi hubungan politik dan ekonomi.

Duta/Ketua Perwakilan Suruhanjaya Eropah (EC) di Malaysia, Vincent Piket, berkata EU bercadang mengadakan rundingan mengenai perjanjian itu dan telah menyediakan deraf kandungan.

"Sejak mula-mula ia dicadangkan, kami telahpun mengadakan beberapa perbincangan teknikal. "Kami masih menunggu pengumuman daripada kerajaan Malaysia tentang hasratnya untuk duduk berbincang dan cuba menyelesaikan perjanjian itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

PCA dilandaskan kepada rasa hormat bagi hakhak asasi manusia, kebebasan dan keluhuran undangundang serta juga hasrat mencapai Matlamat Pembangunan Alaf. Dari segi kandungan, perjanjian itu bercitacita besar dan mempunyai pelbagai aspek kerana ia meliputi komitmen dalam pelbagai bidang seperti usaha memerangi penularan dan penghapusan senjata pemusnah.

Bidangbidang kerjasama lain termasuklah undangundang antarabangsa, memerangi keganasan, jaminan tenaga, perdagangan dan pelaburan, sains dan teknologi, kesihatan jenayah terancang, hak manusia, alam sekitar, penghijrahan dan pembinaan kapasiti.

EU mahu lebih banyak negara anggota Pertubuhan NehgaraNegara Asia Tenggara (Asean) memulakan rundingan dan menandatangani PCA.

Ia telah menyelesaikan perbincangan dengan Indonesia dan menandatangani PCA dengan negara itu pada forum perundingan dua hala yang diadakan di Yogyakarta baru-baru ini.

Piket berkata EU sedang dalam proses menyelesaikan PCA dengan Singapura dan Thailand.

EU telah memulakan rundingan dengan Vietnam dan Filipina, tetapi Malaysia nampaknya, masih ketinggalan, katanya.

Terdahulu, Duta Malaysia ke EU, Datuk Hussein Haniff, dipetik sebagai berkata di Brussels bahawa beliau berharap Kabinet akan membuat keputusan tidak lama lagi.

Katanya beliau telah menyediakan satu kertas Kabinet dan berharap rundingan dapat bermula tidak lama lagi.

Hussein berkata Wisma Putra telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelaras aktiviti dengan agensiagensi di Malaysia.

"Kita perlu melibatkan kementerian-kementerian pengangkutan, pendidikan serta perdagangan antarabangsa dan industri," katanya. BERNAMA

Artikel Lain