suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suu Kyi dipenjara 18 bulan benarkan tetamu Amerika tak diundang

YANGON: Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi didapati bersalah melanggar perintah tahanan rumah dengan membenarkan seorang rakyat Amerika yang tidak diundang sebagai tetamunya.

Beliau dijatuhkan hukuman tahanan rumah selama 18 bulan.

Rakyat Amerika berkenaan, John Yettaw pula dihukum penjara tujuh tahun termasuk kerja berat di penjara.

Suu Kyi sedang menjalani hukuman penjara 14 daripada 20 tahun yang dikenakan sebelum ini, kebanyakannya sebagai tahanan rumah.

Keputusan terbaru ini akan melanjutkan lagi hukuman yang secara langsung bakal menghalang beliau daripada menyertai pilihan raya umum yang dijangka diadakan tahun depan.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan berusia 64 tahun ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun kerana membenarkan Yettaw.

Awalnya mahkamh menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Bagaimanapun lima minit selepas mahkamah berhenti untuk rehat, Menteri Dalam Negeri Myanmar memasuki mahkamah sambil membacakan arahan khas Ketua Junta, Jeneral Than Shwe.

Hukuman tiga tahun dikurangkan separuh dan ia boleh dijalani dalam bentuk tahanan rumah. AP

Artikel Lain