suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ekonomi Singapura kuncup 6.5 peratus separuh pertama 2009

SINGAPURA: Ekonomi Singapura menguncup 6.5 peratus pada separuh pertama tahun ini, lebih rendah daripada yang dibimbangkan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Republik itu sudah menyemak semula unjuran pertumbuhannya bagi tahun ini antara 4 peratus dan 6 peratus, kata Lee dalam perutusan Hari Kebangsaan menerusi televisyen malam ini.

Awal tahun ini, negara itu mengunjurkan keluaran dalam negara kasarnya bagi 2009 menyusut sebanyak enam hingga sembilan peratus.

Lee berkata Singapura mengharungi tahun yang sangat mencabar tahun ini apabila ekonominya dilanda krisis ekonomi global paling teruk dalam sejarah, dengan eksport turun satu pertiga dan sektor pembuatan turun dengan ketara.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata ekonominya melantun kukuh pada suku kedua selepas ia mengambil beberapa pendekatan bagi menampan impak krisis itu.

Republik itu kini dalam kedudukan yang lebih kukuh apabila kedudukan ekonomi dunia kini semakin stabil.

"Namun ia terlalu awal untuk meraikannya," kata Lee yang menambah, unjuran masih kelam memandangkan ekonomi maju tidak dijangka melantun balik dengan cepat dan eksport negara itu sendiri masih rendah berbanding tahun lepas.

Lee mengingatkan bahawa bandar raya itu mungkin mengharungi satu lagi gelombang pemberhentian pekerja lewat tahun ini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain