suria

Suspek pakar bom Noordin diberkas

PASUKAN polis Indonesia berdiri di luar rumah tempat persembunyian suspek pengganas di Temanggung, Jawa Tengah. Dalam serbuan yang dilakukan ke atas rumah tersebut lewat malam tadi, polis berjaya menembak mati dua suspek pengganas, menahan lima lagi serta merampas bahan letupan dan sebuah bom kereta.--fotoAP

JAKARTA: Pakar bom paling dikehendaki Indonesia, Noordin Md. Top, yang turut dikaitkan dengan siri pengeboman di negara itu sejak 2002, telah diberkas lewat malam tadi.

Malah laporan tidak rasmi menyebut Noordin mungkin terbunuh dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah di Temanggang, Jawa Tengah.

AP melaporkan, dalam kejadian itu, polis Indonesia telah membunuh dua suspek militan selain menahan lima lagi suspek serta merampas bahan letupan dan sebiji bom kereta.

Sepanjang malam tadi, media tempatan melaporkan, Noordin yang merupakan perancang dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia bersembunyi di dalam rumah di mana bunyi tembakan dan letupan masih kedengaran selepas 10 jam polis mengepung kawasan rumah itu.

Dua stesen televisyen tempatan melaporkan, Noordin telah terbunuh dalam operasi itu namun perkara itu tidak dapat disahkan. Ujian DNA mungkin akan dilakukan untuk memastikan perkara itu.

Serbuan ke atas rumah itu dilakukan selepas polis mengepung rumah tersebut selama kira-kira 16 jam.

Sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan kawasan rumah itu menjelang subuh.

Noordin, suspek yang amat dikehendaki sebelum ini turut mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian letupan dua hotel milik warga Amerika Syarikat di sini bulan lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain