suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

A(H1N1): Dua lagi kematian di Singapura

SINGAPURA: Dua lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dicatatkan di Singapura, menjadikan jumlahnya kepada lapan orang sejak kematian pertama dilaporkan tiga minggu lepas.

Seorang wanita India berumur 51 tahun yang merupakan Sindrom Down dengan indeks jisim badan yang tinggi meninggal dunia tengah hari semalam akibat pneumonia berpunca daripada selesema itu, kata Kementerian Kesihatan Singapura hari ini.

Menurutnya mangsa pergi ke Jabatan Kecemasan (ED) Hospital Tan Tock Seng semalam selepas tiga hari mengalami simptom serupa selesema itu.

Ketika berada di ED, wanita itu mengalami kesukaran bernafas dan tekanan darah rendah. Dalam kes kedua, seorang lelaki Cina berumur 78 tahun tanpa sebarang sejarah perubatan meninggal dunia pagi ini di Hospital Alexandra.

Dia dimasukkan ke hospital itu dua hari lepas setelah mengalami demam dan kesukaran bernafas selama sehari.

Punca kematian disahkan sebagai "acute myocardial infarction" dengan pneumonia Influenza A (H1N1) sebagai faktor penyumbang, kata kementerian itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain