suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumlah kematian akibat A(H1N1) di Thailand meningkat kepada 81

BANGKOK: Kematian akibat jangkitan virus influenza A(H1N1) di Thailand kini berjumlah 81 selepas 16 orang lagi maut akibat jangkitan virus itu sepanjang minggu lepas.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand Dr Paichit Varachit berkata mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita, termasuk seorang wanita hamil.

Dalam maklumat yang dikemaskini setiap minggu pada hari Rabu, kementerian itu berkata jumlah kematian minggu lepas adalah rendah berbanding 21 kematian pada minggu sebelumnya.

Dr Paichit berkata ini disebabkan orang ramai sudah semakin sedar dan faham mengenai jangkitan virus itu, di samping ramai yang mendapat akses lebih baik kepada ubat antiviral Tamiflu.

Menurut kementerian itu jumlah kes-kes A(H1N1) di Bangkok semakin berkurangan namun ia dilihat merebak dengan pantas di lainlain wilayah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain