suria

Juruterbang maut, 40 cedera pesawat Bangkok Airways tergelincir

PESAWAT Bangkok Airways tergelincir di landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Pulau Koh Samui. _ AP
PESAWAT Bangkok Airways tergelincir di landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Pulau Koh Samui. _ AP
PESAWAT Bangkok Airways tergelincir di landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Pulau Koh Samui. _ AP

BANGKOK: Seorang juruterbang Bangkok Airways maut apabila pesawat yang dipandunya itu tergelincir di landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Pulau Koh Samui.

Pihak berkuasa penerbangan Thailand mengesahkan juruterbang penerbangan PG266, Chartchai Pansuwan maut manakala 40 yang lain cedera termasuk 23 cedera parah dalam nahas pada pukul 2.30 petang itu.

Pesawat ATR 72500 dari Krabi itu yang membawa 68 penumpang dan empat krew tergelincir ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat dan merempuh bangunan lama menara kawalan.

"Kami mengesyaki ia berlaku akibat angin lintang," kata pegawai Bangkok Airways ketika dihubungi.

Identiti penumpang masih belum dikeluarkan setakat ini. Koh Samui terkenal di kalangan pelancong Eropah dan lapangan terbang itu dibangunkan dan diuruskan oleh Bangkok Airways, syarikat penerbangan swasta terbesar di Thailand.

Pada September 2007, lebih 90 penumpang terkorban apabila sebuah pesawat milik One Two Go Airline tergelincir di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket akibat angin lintang. BERNAMA

Artikel Lain