suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

H1N1: Wanita korban keenam di Singapura

SINGAPURA: Seorang wanita India berumur 29 tahun merupakan mangsa keenam yang meninggal akibat jangkitan Influenza A (H1N1) di Singapura semalam.

Kementeri Kesihatan Singapura berkata wanita terbabit tidak mempunyai masalah kesihatan lain selain mengalami masalah berat badan.

Mangsa dimasukkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Umum Changi pada 25 Julai lalu setelah mengalami simpton seperti selesama selama empat hari dan pengsan pada sebelah pagi.

Menurut kenyataan kementerian itu, pesakit kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi pada hari berikutnya kerana mengalami ketepuan oksigen yang rendah.

Mangsa meninggal semalam akibat pneumonia dan ginjalnya gagal berfungsi beserta jangkitan Influenza A (H1N1), kata kementerian tersebut. BERNAMA

Artikel Lain