suria

Pesawat komersial Indonesia 16 penumpang 'hilang'

JAKARTA: Sebuah pesawat Twin Otter milik syarikat penerbangan Merpati Nusantara Airlines dengan 16 penumpang termasuk tiga anak kapal dilapor hilang setelah terputus hubungan ketika terbang antara JayapuraOksibil di Papua hari ini.

Pengarah Operasi PT Merpati, Kapten Nikmatullah berkata, pesawat dengan nombor penerbangan MNA 9760 meninggalkan Jayapura sekitar pukul 10.15 pagi (waktu Indonesia timur) dan dijangka tiba di destinasi kirakira pukul 11.05 pagi.

"Namun, sejak berlepas pesawat tidak melakukan hubungan dengan menara kawalan," katanya seperti dipetik agensi berita Antara.

Nikmatullah berkata, selain juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang mekanik, pesawat itu membawa 11 orang dewasa dan dua bayi.

"Kami segera mengarahkan pesawat sejenis untuk mencari pesawat itu di beberapa jalur yang mungkin dilalui dalam laluan Jayapura-Oksibil (ibu kota Kabupaten Pegunungan Bintang)," katanya.

Penerbangan yang dilakukan pesawat yang hilang itu merupakan penerbangan biasa ke Oksibil yang dilakukan Merpati dua kali sehari.

"Pesawat telah menjalani pemeriksaan rutin sebelum terbang, dan minyaknya pun cukup untuk tiga setengah jam penerbangan walaupun laluan terbang hanya 55 minit.

"Jadi, sebenarnya tidak ada masalah dari segi ini. Tetapi kami akan memeriksa lebih terperinci lagi," kata Nikmatullah. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

JAKARTA: Sebuah pesawat komersial Indonesia, Merpati Nusantari, yang membawa 16 orang hilang di wilayah Papua hari ini.

Pengarah Operasi Merpati Nusantari, Kapten Nikmatullah berkata, pesawat Twin Otter itu terputus hubungan dengan pusat kawalan ketika mengadakan penerbangan biasa hari ini.

Pesawat itu dalam penerbangan 50 minit dari Sentani, lapangan terbang utama di Papua, ke bandar Oksibil. AP

Artikel Lain