suria

Bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino meninggal dunia

MANILA: Bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino yang memperoleh mandat untuk memerintah daripada rakyat meninggal dunia awal pagi tadi, kata anak lelakinya.

Beliau meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Aquino mengetuai pemberontakan pada 1986 menetang rejim Ferdinand Marcos dan menghidupkan suasana demokrasi sehingga tamatnya pemerintahan Komunis di timur Eropah.

Ketika era pemerintahannya Aquino berhadapan dengan harapan yang tinggi daripada rakyat Filipina.

Beliau berhadapan dengan masalah pengagihan semula tanah, masalah penguasaan ekonomi oleh golongan elit dan juga masalah daripada keluarganya sendiri.

Di bawah kepimpinannnya, Aquino dilihat tidak tegas dalam soal pembangunan sosial dan ekonomi sehingga menyebabkan beliau dijatuhkan oleh sekutu-sekutu politiknya diakhir tempoh pemerintahan beliau.

Bagaimanapun, wanita berkaca mata yang mudah tersenyum ini akan terus kekal sebagai seorang pemimpin yang dikasihi oleh rakyat di Filipina sehingga beliau digelar sebagai “ Tita (Makcik)”.

Aquino telah disahkan menghidap kanser kolon tahun lepas dan dimasukkan ke hospital Manila lebih kurang sebulan.

Anak lelakinya berkata kanser itu telah merebak untuk organ-organ lain dan Aquino terlalu lemah untuk meneruskan rawatan kemoterapinya.

Penyokong-penyokongnya telah mengadakan upacara sembahyang harian untuk Aquino di gereja- gereja di seluruh Manila sejak sebulan yang lalu.

Rakyat jelata dijadualkan mengadakan upacara mengikat reben kuning di atas pokok sekitar kawasan dalam Quezon bandar raya sempena memperingati pemergian Aquino.

Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo, yang akan berlepas ke Amerika Syarikat untuk satu lawatan rasmi ke negara tersebut, berkata dalam satu kenyataan berkata "keseluruhan rakyat di Filipina berkabung" atas kematian Aquino.

Aroyo mengisytiharkan satu tempoh berkabung di seluruh negara itu sehingga mengumumkan majlis pengkebumian bekas presiden negara itu dilaksanakan.

Hampir kesemua stesen televisyen di Filipina memaparkan upacara memperingati dan ucapan takziah daripada rakyat jelata dan penyokong Aquino atas pemergian bekas presiden negara itu.

"Hari ini negara kita telah kehilangan seorang ibu," kata bekas Presiden Joseph Estrada.

Beliau menyifatkan Aquino sebagai "seorang wanita tabah dan murah hati." AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain