suria

13 juta pengguguran anak berlaku setiap tahun di China

BEIJING: Sebanyak 13 juta pengguguran anak dilakukan di China setiap tahun melibatkan gadis muda berikutan tidak mengetahui cara-cara pencegahan kehamilan, menurut kenyataan sebuah media tempatan hari ini.

Menurut Akhbar China Daily, jumlah sebenar kes pengguguran anak dianggarkan lebih daripada 13 juta kerana hanya sebahagian kes dilakukan di hospital manakala selebihnya dilakukan di klinik tidak berdaftar di pedalaman. Selain itu, penjualan pil pencegah kehamilan di China setiap tahun hanya sekitar 10 juta.

Akhbar itu yang memetik pegawai kerajaan dari Suruhanjaya Populasi Kebangsaan dan Perancangan Keluarga, Wu Shangchun berkata hampir separuh daripada jumlah penduduk China yang mahu melakukan pengguguran tidak mengunakan apa-apa langkah untuk mencegah kehamilan.

China mengenakan kawalan kadar kelahiran sejak tahun 1970-an dengan mengehadkan setiap keluarga hanya boleh memiliki seorang anak.

Menurut laporan itu lagi, 62 peratus wanita yang menjalani proses pengguguran anak itu berumur antara 20 dan 29 tahun dan masih belum berkahwin.

Wu berkata, pengurangan kes pengguguran anak merupakan satu tugas yang sukar bagi negara itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain