suria

Malaysia sangat berguna bagi keseluruhan pembangunan negara-negara Afrika

MUNYONYO: Presiden Uganda Yoweri Museveni menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat berguna bagi keseluruhan pembangunan negara-negara Afrika melalui Dialog Perkongsian Pintar.

Beliau berkata ceritacerita mengenai kejayaan Malaysia dalam semua bidang hendaklah menjadi contoh ikutan dan sumber inspirasi bagi negara-negara berkenaan untuk maju.

"Pertama, dengan cerita-cerita kejayaan. Dengan kejayaan Malaysia telah menggalakkan kita semua. Dan anda boleh mendengar insiden 1969. Saya pada ketika itu menuntut di universiti dan Malaysia dalam berita kerana rusuhan kaum.

"Kaum Cina, India dan Melayu. Kita semua tahu ceritanya. Tetapi anda boleh dengar di sini sesuatu yang ada persamaan dengan Malaysia. Tetapi dari ketika itu, Malaysia telah berkembang ke dalam ideologi perkongsian pintar. Saya tidak tahu butirbutir bagaimana ia dilakukan. Tetapi saya terpaksa ke Malaysia untuk mempelajarinya," katanya kepada wartawan pada akhir Dialog Perkongsian Pintar Global ke-19 di sini.

Dialog seperti ini, Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) akan diadakan di Malaysia pada tahun depan.

"Ideologi perkongsian pintar ini, berasaskan pengalaman dan pencapaian mereka. Tidak ada yang kalah dan menang. Kenapa semua menang? dan di Malaysia, hubungan antara kumpulan pelbagai etnik adalah baik melalui pembabitan mereka dalam ekonomi Malaysia," kata beliau.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan Malaysia kini berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden menjelang tahun 2020, katanya.

"Pada hakikatnya, Malaysia telah moden di kalangan negaranegara sedang membangun seperti hari ini. Dengan kejayaan itu, Malaysia lebih ke hadapan daripada kita.

"Jadi kita hendaklah menjadikan Malaysia sebagai contoh, kerana dengan hanya ini, kita juga boleh berjaya. Kedua, rangkaian melalui perkongsian pintar mestiah ditingkatkan. Mereka (Malaysia) adalah sahabat perkongsian pintar dan ia juga anggota yang aktif dalam Pergerakan Negaranegara Berkecuali (NAM)," katanya.

Museveni berkata Malaysia juga telah membangunkan tahap teknologinya sendiri dan memiliki beberapa teknologi.

"Mereka juga mempunyai syarikat minyaknya sendiri, Petronas. Petronas terbabit dalam penerokaan minyak di semua bahagian dunia dan juga mengembangkan bidang penapisannya. Itulah peranan Malaysia dan sebagai contoh yang baik," kata beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain